Tuesday, February 7, 2012

EMPAYAR BESAR MELAYU… ( bagaimana sebenarnya kejatuhan Melaka)

Sebagai kesinambungan kepada post sebelum ini,

(pos bertajuk puteri nusantara )

Hari ini saya ingin bawakan kepada anda,

Sebuah rahsia besar..Yang tersembunyi akibat pembohongan sejarah yang dicipta oleh mereka yang kita panggil sebagai PENJAJAH….


Apa yang saya tulis ini, saya adaptasikan dari pembacaan saya,

Dari artikel2 kajian oleh orang melayu sendiri,

Dari sumber-sumber yang saya percayai,

Dari bacaan kitab-kitab hikayat lama..

Saya bawakan kepada anda,

RAHSIA TERAGUNG BANGSA MELAYU..


Pernah anda mendengar lagu ini??

Jong-jong inai Mak Ipung Rajawali,

Sepak Tunggul inai berdarah ibu kaki..


JONG…gelaran untuk armada besar, lagi besar dari armada BLACK PEARL…

Tahukah anda bahawasanya bangsa MELAYU, merupakan bangsa yang cukup terkenal dengan penguasaan maritimnya..Ya!! Sebelum empayar eropah membina kapal mereka..MELAYU sudah lama ada JONG2 armada besar ini.. Bukan kecil empayar bangsa MELAYU, ..bangsa bunga-bunga ini pernah menjelajah hampir setiap ceruk dunia..

Pernah dengar nama kapten JACK SPARROW?????

Tahu siapa anak Melayu bernama ZAKI PARUH????


Anda kenal Hendry The Black???

Panglima Awang Hitam tau tak????

Mereka adalah orang-orang melayu yang ditukar identitinya,

Pelayar bangsa gunung yang hebat..

Tetapi walau bagaimana disorok kenyataan itu,

Hakikat keagungan bangsa Melayu tetap akan terbongkar jua..

Anda mungkin tertanya-tanya,

Andai benar melayu itu bangsa yang hebat,

Kenapa pula jatuh di tangan Portugis..

Mudah benar tunduknya..

Berkenaan cerita yang satu ini, sejarahnya begitu rahsia..

namun harus pula dikongsi..agar jadi pedoman buat semua..


Misterinya bermula ketika 500 tahun dahuluAlfonso di Alburqueque sendiri menyebut dalam catatan belia, setelah Kota Melaka dikalahkan,

Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriamdan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu!

Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut,

muncullah muka manusia di dalamnya.Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya!

Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun?Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?




Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai "Venice of the East" boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...

.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu.

Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk

menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?


"Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,

"Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuat sendiri, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?"

"Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang," "Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih."


Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...

"Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?". "Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?"


Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai ternganga...


"Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,"

"Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal

Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?"


"Inilah akibatnya bila raja yang lemah diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara."

"Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana

jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?"



Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga!

sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...


Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?


"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!" Diharap dengan pendedahan ini Melayu dapat memperbaiki diri dan dekatilah diri kita kepada Allah SWT supaya kita dapat menjunjung tinggi agama dan bangsa kita.... Amin







No comments:

Post a Comment