Thursday, January 26, 2012

Puteri Nusantara….

Assalamualaikum ….

 
 

 
 

Bismillah kalimah beharga,

Buat pembuka madah nan indah,

Kisah bangsa jangan dilupa,

Kerana ia warisan sejarah…..

 
 

Beberapa hari kebelakangan ini, aku sering terigau dengan kisah-kisah-kisah dahulu..terkenang pantun-pantun yang saban hari lahir dari bibir seorang tua, yang dulu menjadi gelak ketawa cucu cicit…apa ada pada bahasa lama, kolot kiranya…tapi tidak bagi ku….Ya, aku sukakan seni bahasa melayu, syairnya, pantunnya, gurindamnya..seninya halus..mendayu..

 
 

Teringat ketika arwah moyang masih ada, walau tika itu, usianya telah lanjut, namun pantun2 lama, tak pernah lekang dari bibirnya..

Antara kata-kata akhir yang masih ku ingat..

 
 

"kita ni waris raja, tanah ini tanah raja…"

 
 

Itu yang sering aku dengar..bertahun-tahun kalimah yang sama diungkap….

 
 

" kita ini keturunannya daeng-daeng.."

Darah raja, darah sultan..

 
 

Bukan ke daeng2 tu orang bugis????

 
 

MELAYU itu satu bangsa besar, terdiri dari banyak suku..bugis ke, jawa ke, siam ke, asalnya MELAYU…sama je….tulisannya RENCONg juga ….(rencong nie name tulisan MELAYU PURBA dulu)

 
 

 
 

Asam jawa, api-api,

Pergi ke tanjung karang,

Siti hawa, anak cik kapi,

Bagai bunga tengah dikarang..

 
 

antara pantun yang aku ingat-ingat lupa..yang sering arwah moyang ungkapkan..

 
 

 
 

Kebelakangan ini, aku jadi seorang perindu, pada seni bangsaku sendiri..

 
 

Aku mencari sisa adat yang hilang, dari empayar gemilang..

 
 

Aku sedih, saat seorang hamba Allah berkata padaku,

 
 

' ada apa pada bangsa, bangsa tak menjamin ke syurga, islam itu yang lebih utama, bangsa tak bawa kita ke mana-mana"

 
 

 
 

Aku tidak pernah ketepikan ISLAM dalam hidupku..

Namun bukankah bangsa ku ini, budayanya berteras Islam…

 
 

Salahkah aku mencari sisa-sisa bangsa yang hilang..

Untuk ku tegakkan kembali Islam yang GEMILANG…

 
 

Bukankah keISLAMAN bangsaku dulu,

Telah mengISLAMkan negeri-negeri bawah jajahan takluknya..

 
 

Bukankah bangsaku, bangsa yang paling mudah menerima sinar ISLAM satu ketika dahulu…

 
 

Salahkah kalau aku mecintai bangsaku seperti aku mencintai ISLAM itu sendiri????

 
 

ALLAh tidak akam ,mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu, mengubah nasib mereka sendiri…

 
 

Bila masih ada yang mempertikai tentang bangsa, aku rasa perlu untuk mereka rujuk balik naskah2 AL-QURAN…sesungguhnya Allah sering menyebut tentang bangsa…maknanya mempertahankan bangsa itu sama penting dengan mempertahankan agama selagi mana ia tidak bertentang dengan syarak…

 
 

Mungkin ramai yang tidak sedar, atau mungkin ramai pula yang lupa, bahawa bangsa itu menjadi *badan* kepada agama….dua bangsa utama ini menjadi *jasad* kepada roh ISLAM …1) bangsa Arab 2) bangsa MELAYU…

 
 

Keadaan di negara2 Arab hari ini agak kurang memberansangkan…krisis timur tengah semakin menjadi…lantaran itu bangsa mana lagi yang tinggal untuk memegang syiar Islam???

 
 

Masih ragu-ragu???

Cuba bila anda dilontarkan dengan perkataan ini :

 
 

KRISTIAN - apa yang terbayang di minda ye???? Mesti ternampak wajah- wajah berkulit cerah bermata biru…bangsa Mat Salleh..sedangkan ad je bangsa lain yang anut agama ni, india, cina & macam-macam bangsa lain, tapi yang ni juga kita nampak??? Kenapa ye?? Sbb kristian itu 'jasad' nya "omputih".. (tapi tk bermakna sume omputih tu kafir ye kawan2)

 
 

Atau kalau ini

 
 

Buddha- mesti nmpk muka putih2 mata sepet ..ye dak???

Sedangkan bangsa cina ramai je peluk islam…hmm sebab tu la bangsa MELAYU nie, 'jasad' kepada ISLAM..lihat pada sinonimnya keadaan…( lihatlah dengan mata hati )

 
 

Kerana itu aku rasa bangsaku perlu dipertahan…

Bukan atas nama MELAYU semata-mata.tetapi atas dasar ISLAM yang tinggi...

 
 

Hari ini aku telah ketemukan semula sisa-sisa kegemilangan MELAYU dan ISLAM itu…

(nantikan kisahnya dalam post-post akan datang)

 
 

Yang menjadikan aku lebih yakin pada perjuangan sebuah bangsa…

Yang membuatkan aku terus teguh menggenggam sebuah agama…

Yang membawa satu sinar baru dalam kamus MELAYU_ISLAMku..

 
 

Oleh itu aku pilih untuk terus menjadi,

 
 

PUTERI NUSANTARA